CUCI RASUAH PERSEMBAHAN TERBAIK HARI KEBANGSAAN 2024

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim puji tarian ‘cuci rasuah’ sebagai persembahan terbaik sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Persembahan ‘Cuci Rasuah’ itu merupakan cetusan idea Pengarah Artistik dan Konsep bagi sambutan Hari Kebangsaan 2024 Rosnan Nordin, yang didedikasikan kepada perjuangan Anwar dalam membanteras rasuah dengan diiringi lagu hasil ciptaan Rosnan bertajuk ‘Cuci Rasuah’ yang pertama kali dimainkan hari ini.

Lebih menarik, semua peserta tarian itu hanya menggunakan peralatan pembersihan iaitu penyapu dan tong sampah sebagai instrumen persembahan, yang membawa simbolik pembersihan negara dari amalan rasuah.

matlamat membanteras amalan rasuah menjadi elemen utama Kerajaan Perpaduan, yang mahu memerangi rasuah secara habis-habisan pada pelbagai peringkat khususnya dalam perkhidmatan awam.

 

Sumber: KKOM, Bernama

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …