PENDAKI WANITA ALAMI HIPOTERMIA DISAHKAN MENINGGAL DUNIA

MAUT: Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

RANAU: Seorang pendaki wanita yang mengalami hipotermia iaitu kesejukan melampau semasa dalam perjalanan menuruni Gunung Kinabalu disahkan meninggal dunia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 11.24 pagi semasa mangsa berada di Kilometer 7.1 Sayat-Sayat (Conrad Labi), Gunung Kinabalu.

“Ketika kejadian, mangsa yang juga warga tempatan berumur 54 tahun itu berada dalam keadaan kesejukan dan lemah.

“Pasukan SAR Taman-Taman Sabah dan malim yang bertugas telah bertindak menghubungi dan memohon bantuan tambahan kakitangan Taman Sabah dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) bertugas untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, bertindak dengan kejadian, enam MOSAR digerakkan ke lokasi dan bantuan lanjut diberikan kepada mangsa di pusat rawatan Panalaban.

“Ketika itu mangsa masih tidak menunjukkan tindak balas positif selepas diberikan bantuan oksigen dan prosedur resusitasi kardio-pulmonari (CPR) dengan menggunakan bantuan peralatan defibrilator luaran automatik (AED).

“Disebabkan mangsa masih tidak sedarkan diri, mangsa diusung dan dibawa turun ke Pintu Timpohon dengan menggunakan “Neil Robertson strecher” oleh pasukan MOSAR serta di bantu oleh SAR HAT dan Malim.

“Sebaik tiba di Pintu Timpohon, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pemeriksaan terhadap mangsa dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamat sepenuhnya pada jam 8.35 malam.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut