DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Seorang majikan bertindak menghilangkan diri apabila menyedari premis perniagaan beliau yang beroperasi di dalam Prangin Mall, George Town diserbu oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang. Tindakan majikan terbabit dipercayai dilakukan apabila beliau menyedari bahawa para pekerja yang digajikan tidak memiliki Pas dan permit yang sah.
Dalam serbuan yang dilakukan itu seramai 8 orang pekerja warga asing telah diperiksa dan hasilnya kesemua mereka disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk berada serta bekerja di negara ini.
Kesemua mereka berumur di antara 30 hingga 50 tahun itu terdiri daripada 2 lelaki China, 1 lelaki Myanmar, 4 lelaki dan 1 wanita warga Indonesia telah ditangkap kerana disyaki tidak memiliki suatu Pas yang sah dan melanggar peruntukan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Sumber : Jim Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/jim.pulaupinang