DUA RENTUNG, AXIA TERBAKAR AKIBAT KEMALANGAN TIGA KENDERAAN

KOTA KINABALU: Dua individu rentung dalam kebakaran kereta selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kepayan, dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, identiti kedua-dua mangsa di dalam kereta Perodua Axia yang musnah terbakar masih belum dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.30 pagi.

Pasukan bomba mengeluarkan mayat mangsa yang rentung di dalam kereta Perodua Axia selepas terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Kepayan, Kota Kinabalu.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dengan dibantu BBP Putatan kemudian digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia terbakar sepenuhnya berpunca daripada kemalangan membabitkan tiga kenderaan.

“Tiga kenderaan iaitu Perodua Axia (terbakar), Perodua Viva dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dua individu ditemui rentung dalam kebakaran kereta selepas terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Kepayan, Kota Kinabalu.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran dari jentera bomba dan terkawal pada 2.58 pagi.

“Hasil pemeriksaan terdapat dua mangsa rentung di dalam Perodua Axia.

“Kedua-dua mangsa kemudian dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Keadaan kereta Perodua Axia dinaiki mangsa yang turut musnah terbakar.

Ordine berkata, pemandu Perodua Viva lelaki berusia 34 tahun dan pemandu Toyota Hilux berusia 22 tahun cedera ringan.

Katanya, selepas memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.40 pagi.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah 

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …