SOP MUSNAH BOM DIKAJI SUSULAN ANGGOTA TERTIMBUS TANAH

JOHOR BAHRU: Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dua anggota Unit Pemusnah Bom cedera parah dipercayai tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di Taman Sri Lambak, Kluang semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata siasatan yang dijalankan itu termasuk untuk mengenal pasti sekiranya terdapat kelonggaran dari sudut prosedur operasi standard (SOP).

“Polis dalam proses mengkaji dan siasat punca sebenar kejadian terbabit, namun masih terlalu awal untuk diberi ulasan.

“Beri ruang kepada polis untuk jalankan siasatan, termasuk sekiranya ada kelonggaran dari sudut SOP dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu kali pertama berlaku, sekali gus menjelaskan bom jenis Aerial 500 Lbs 1952 yang seharusnya dimusnahkan semalam, sedang dalam proses untuk dilupuskan.

Menurut Kumar, kedua-dua anggota itu yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang sudah dipindahkan ke wad biasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh hari ini dilaporkan berkata, kejadian itu menyebabkan Koperal Abdul Halim Zainal, 39, patah tulang pinggul dan tiga tulang rusuk sebelah kiri, manakala Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary, 34, patah tulang paha dan tulang rusuk sebelah kiri.

Bahrin berkata, kejadian pada jam 2.20 petang itu berlaku ketika kedua-dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu dalam penugasan memusnahkan bom lama jenis Aerial 500 Lbs 1952 yang dijumpai orang awam di lokasi kejadian.

Namun, ketika kerja-kerja memusnahkan bom dijalankan, berlaku runtuhan tanah pada dinding lubang di lokasi sehingga menyebabkan kedua-dua mereka tertimbus dan cedera.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH

AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH Ayuh hidupkan hari-hari penuh barakah ini dengan amalan sunat seperti:  Solat Sunat  Perbanyakan Solat Sunat  Puasa …
Maklumat Lanjut

KES BUANGAN HARAM DI PORT DICKSON, BEKAS PEGAWAI JAS ANTARA DIDAKWA

Dua individu termasuk seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen …
Maklumat Lanjut

TREND KENDERAAN BERAT MENGGUNAKAN LORONG PALING KANAN MEMBIMBANGKAN – KP JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan membabitkan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) dan kenderaan pengangkutan awam (KPA) yang …
Maklumat Lanjut