JOHOR BAHRU: Sindiket dadah antarabangsa lumpuh, dengan penahanan pasangan kekasih dalam empat serbuan di lokasi berasingan sekitar Iskandar Puteri dan bandaraya ini, pada 17 Ogos lalu.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, hasil serbuan turut merampas lebih 6 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dengan nilai rampasan RM2.04 juta, serta perkakasan proses membuat dadah.
Katanya, dalam serbuan pertama, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor dan JSJN IPD Johor Bahru Selatan, menahan lelaki warga asing berusia 31 tahun yang dipercayai ‘Mastermind’ di sebuah rumah teras berpagar dan berpengawal di kawasan Eco Flora, yang membawa kepada penemuan sejumlah dadah.
“Susulan penahanan lelaki terbabit, wanita berusia 38 tahun ditahan di tepi jalan Taman Setia Indah pada hari sama, dan wanita tempatan terbabit membawa polis ke dua lokasi berkaitan kes di sekitar Johor Bahru tempat .
“Hasil serbuan pihak polis merampas 3.672 kg serbuk ekstasi bernilai RM613,340, sebanyak 20.21 liter cecair ekstasi (RM1,350,028); 1.85g pil erimin 5; 12.80g pil ekstasi (RM2,100); 4.80g pil epam nitrazepam (RM160) dan 2.600 kg syabu (RM83,200) yang keseluruhannya bernilai RM2.048 juta di sebuah rumah teres dan apartmen
“Kita juga merampas peralatan memproses dadah serta ‘percusor’ yang digunakan dalam memproses dadah. Polis turut menyita sebuah kereta (RM360,000), wang tunai RM131,598, pelbagai jenis barang kemas (RM8,880), wang tunai dolar Singapura (SGD100) serta tiga akaun bank yang keseluruhannya nilai sitaan RM630,596,” katanya dalam sidang media di Dewan Dato Onn IPK Johor di sini, hari ini.
Kumar berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki mempunyai kepakaran memproses dadah daripada bahan-bahan berjadual, antaranya methanol, sulfat asid serta pelbagai bahan kimia lain.
Katanya, siasatan masih dijalankan bagaimana dan di mana suspek ini mendapat bahan-bahan berjadual ini dan masih kenalpasti kegunaan bahan-bahan ini.
“Hasil saringan urin mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine, manakala wanita positif dadah jenis Benzodiazepines (Benzo).
“Kedua-duanya tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu kini ditahan reman sehingga Sabtu ini.
“Polis percaya sindiket ini bukan saja memproses dadah untuk pasaran tempatan tetapi negara jiran. Kita percaya sindiket ini telah beroperasi sejak bulan Mei lalu.
“Kita juga percaya suspek lelaki adalah ‘mastermind’ tetapi masih usaha mengesan ahli lain yang dipercayai bertindak sebagai penghantar.
“Siasatan awal menunjukkan sindiket ini mengedar dadah dalam kuantiti kecil, jadi kita percaya ada ahli sindiket sebagai penghantar untuk hantar dadah ke destinasi yang ditetapkan. Mereka juga menghasilkan cecair vape yang mengandungi dadah selain paket-paket kecil untuk edaran,”katanya.
Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
SUMBER: BERITA HARIAN



