PENGANGGUR HILANG SIMPANAN HAMPIR RM350,000 ANGKARA SKIM PELABURAN PALSU

KUANTAN: Akibat terpedaya dengan tawaran lumayan, seorang penganggur terpaksa berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM348,500 lesap selepas menyertai skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, lelaki berusia 47 tahun dari Kuantan itu menerima panggilan daripada suspek yang memperkenalkan diri dari sebuah bank pelaburan pada 17 April lalu.

Katanya, mangsa kemudiannya ditawarkan menyertai pelaburan di United Kingdom sebelum meminta mangsa muat turun satu aplikasi.

“Mangsa juga diberikan latihan secara dalam talian mengenai cara membuat pelaburan dalam sistem terbabit.

“Dalam tempoh 18 Jun lalu hingga 10 Ogos lalu, mangsa memasukkan wang berjumlah RM348,500 dengan melakukan 10 transaksi ke dalam akaun bank yang diberikan suspek.

“Mangsa mula menyedari ditipu selepas suspek meminta RM101,000 sekiranya tidak berminat untuk meneruskan pelaburan terbabit,” katanya dalam kenyataan ri ini.

Yahaya berkata, siasatan mendapati sumber kewangan adalah wang simpanan mangsa dan isterinya dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau menasihati orang ramai sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …