NAZIRAN LALUAN PENDAKIAN GUNUNG KINABALU

KOTA KINABALU (22 Ogos): MKN Sabah dengan kerjasama Taman-Taman Sabah telah melaksanakan Naziran Laluan Pendakian Gunung Kinabalu dengan penglibatan lapan (8) orang pegawai MKN Sabah pada aktiviti naziran kali ini.

Objektif naziran bertujuan memastikan laluan pendakian Gunung Kinabalu selamat serta kondusif digunakan dan mempunyai laluan alternatif sekiranya berlaku sebarang bencana gempa bumi atau banjir memandangkan Gunung Kinabalu adalah salah satu daripada World Heritage di Malaysia. Naziran ini dilaksanakan pada setiap tahun berikutan gempa bumi pada 5 Jun 2015 berskala 6.0 skala ritcher di Gunung Kinabalu sehingga mengakibatkan kematian serta kecederaan kepada Malim Gunung dan Pendaki.

Naziran dimulakan dengan taklimat awal berkenaan tujuan dan objektif Naziran di sampaikan oleh Encik Tarmizi bin Ishak diperkarangan Pejabat Urusan Taman-Taman Sabah manakala taklimat keselamatan disampaikan oleh Encik Arnold selaku Malim Taman-Taman Sabah. Pemantauan naziran hanya melibatkan laluan utama sahaja iaitu laluan TIMPOHON SUMMIT TRAIL.

Perjalanan pasukan naziran bermula daripada Timpohon ke Laban Rata sejauh 6 kilometer pada jam 10.30 pagi dan kesemua pegawai terlibat telah berjaya tiba di Laban Rata pada jam 5.30 petang. Aktiviti diteruskan pada jam 3.00 pagi daripada Laban Rata ke Puncak Kinabalu dan hanya tujuh (7) orang pegawai sahaja yang berjaya ke Puncak Kinabalu. Kesemua pegawai telah selamat sampai ke Timpohon pada jam 5.30 petang 23 Ogos 2024 setelah naziran berakhir.

Ekspidisi naziran ini dilihat telah mencapai objektif yang disasarkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pihak pengurusan Taman-Taman Sabah dan semua pegawai yang terlibat dalam naziran pada kali ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut