LELAKI DUA HARI HILANG DITEMUI LEMAS DI SUNGAI PAHANG

KUANTAN: Seorang lelaki berusia 39 tahun yang dikatakan hilang kelmarin, ditemukan lemas di Sungai Pahang berhampiran tangki air Kampung Pasir Panjang, Pekan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin, berkata mayat Mohd Suffian Abu Bakar ditemui penduduk kampung, terapung di sungai itu pada jam 9.35 pagi.

Katanya, polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membawa mayat mangsa ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan laporan, mangsa dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah selepas pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan, kelmarin.

“Ahli keluarga mangsa berusaha mencari di kawasan Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj tetapi tidak menemukannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengecaman ke atas mayat diwakili kakak mangsa dan mengesahkan adiknya berdasarkan pakaian dan tanda pada badan mayat.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dan mencurigakan pada tubuh badan mangsa dan mengklasifikasikan kematian sebagai lemas,” katanya.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut