Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penipuan pakej umrah dan haji.
Semua jemaah yang menjadi mangsa penipuan diminta segera membuat aduan rasmi kepada KPDN melalui saluran disediakan seperti portal e-duan KPDN, pusat pengadilan, aplikasi telefon pintar Ez Adu-KPDN dan aplikasi WhatsApp.
KPDN menerima 39 aduan berkaitan dengan penipuan pakej umrah dan haji dari 1 Januari hingga 25 Ogos tahun ini.
Jemaah haji atau umrah yang terlibat dalam penipuan ini juga boleh membuat tuntutan tebus rugi di Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM).
KPDN menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan melakukan semakan dengan teliti sebelum membuat sebarang pembayaran kepada ejen-ejen umrah dan haji.
Pastikan ejen yang dipilih berdaftar dengan Tabung Haji dan Kementerian Pelancongan (MOTAC) selain mempunyai rekod yang baik.
Sumber: Sinar Harian, KPDN