𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐈𝐍 𝐓𝐄𝐆𝐇𝐈
Main Teghi dalam dialek Kelantan, adalah salah satu kesenian autentik di negeri ini.
Kesenian ini adalah salah satu kaedah perubatan tradisi paling popular dalam masyarakat Melayu Kelantan-Pattani sejak lama dahulu.
Kaedah perubatan tradisional ini menggabungkan unsur tarian, muzik dan nyanyian yang diketuai oleh Tok Teghi sebagai watak utama.
Seni persembahan ini diangkat ke pentas antarabangsa di Festival de I’Imaginaire, Perancis pada Jun 2023.
Sumber: Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri, KKOM