Kerajaan negeri mencadangkan satu rombakan dan perancangan bagi penilaian semula peranan Majlis Sukan Negeri (MSN) serta program yang dijalankan sebagai persediaan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.
Secara umumnya berdasarkan data-data yang diperoleh, prestasi serta pencapaian SUKMA daripada tahun 2018, 2022 dan yang terkini (2024) kurang memuaskan.
Dalam SUKMA di Sarawak, kontinjen Kelantan meraih 37 pingat iaitu 7 emas, 13 perak serta 17 gangsa dan di awalnya menyasarkan 56 pingat termasuk 16 pingat emas dalam temasya berkenaan, namun ia tidak mencapai sasaran yang dipersetujui di peringkat MSN dan juga persatuan sukan.
Susulan itu, terdapat keperluan untuk melihat kembali dan memperkemaskannya semula terutama pencarian serta pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan.
Sumber: Berita Harian