Jabatan Kerja Raya (JKR) dijangka akan menyerahkan bangunan Hospital Bachok kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) awal September ini.
Jika semua proses penyerahan berjalan lancar, hospital itu dapat beroperasi sebulan dari tarikh tersebut.
Selain itu, dari segi kakitangan sebahagian perjawatan sudah diisi dan tidak berdepan masalah untuk beroperasi.
Hospital Bachok akan diklusterkan dengan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).
Pakar dari HRPZII akan membuat lawatan dan perkhidmatan secara berulang di Hospital Bachok.
Sumber: Sinar Harian