AIR PASANG BESAR BERSERTA HUJAN LEBAT PUNCA PORT DICKSON BANJIR

Fenomena air pasang besar berserta hujan lebat selama beberapa jam, dipercayai punca kejadian banjir di kebanyakan kawasan Port Dickson hingga kelmarin. Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, permasalahan itu perlu diberi perhatian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri serta pusat supaya tidak berulang pada masa depan.

Pihaknya juga berharap dapat mencari punca sebenar. Ia berlaku di seluruh pantai. Kejadian itu bukan disebabkan masalah perparitan. Apabila air tidak boleh keluar ke laut yang lebih tinggi daripada darat, jadi air bertakung.

Terdahulu, pengguna media sosial memuat naik gambar kawasan awam, termasuk kesukaran kenderaan melalui jalan raya yang dinaiki air apabila berlaku hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Port Dickson, Mohd Azri Abu Hassan, memaklumkan bahawa 111 mangsa daripada 37 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air sejak semalam.

Daripada jumlah itu, enam mangsa (sebuah keluarga) dipindahkan ke PPS Dewan Bagan Pinang berikutan tanah runtuh selepas hujan lebat di Taman Sri Pinang, awal pagi semalam. Seramai 34 orang (10 keluarga) di Linggi pula dipindahkan ke PPS Balai Raya Permatang Pasir secara berperingkat sejak pagi semalam. Selain itu, 53 mangsa (13 keluarga) dari Kampung Tanjung Agas dipindahkan ke balai raya kampung itu, malam semalam. Seterusnya,18 mangsa (13 keluarga) dari Kampung Sungai Raya dipindahkan ke balai raya kampung itu, pagi semalam.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …