PATAH TANGAN DAN KAKI ANGKARA ANJING

Gara-gara tidak sempat mengelak seekor anjing melintas secara tiba-tiba, seorang lelaki patah tangan kiri dan kaki kanan selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggang di Taman Bandar Senawang di sini. Kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu berlaku ketika Mohd Ridzuan Zainudin dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja. Menurutnya, insiden terbabit berlaku secara mengejut yang menyebabkan dia tercampak dari motosikal.

Anjing itu dari tepi jalan tiba-tiba saja melompat ke tengah jalan dan dia tidak sempat hendak brek menyebabkannya tercampak dari motosikal. Dia kemudian cuba untuk bangun, tapi tak boleh dan ketika itu dia sudah menjangka kakinya patah.  Dia kemudian menghubungi rakan dan isterinya memaklumkan kejadian malang berkenaan sebelum mereka datang ke lokasi dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini oleh ambulans untuk rawatan lanjut dan telah mengalami patah kaki kanan dan tangan kiri serta sudah membuat pembedahan bagi memasukkan besi. Dia  bersyukur kerana selamat dan ini kali pertama dia terlibat dalam insiden membabitkan anjing liar.

Sehubungan itu, dia berharap pihak berkuasa tempatan dapat bertindak lebih agresif menangkap anjing-anjing liar di kawasan terbabit .Ini kerana katanya, ada yang mungkin boleh bertindak agresif sehingga membahayakan orang ramai.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

AWAS! DADAH BERBENTUK GULA-GULA

Sindiket dadah kini semakin licik dengan menyamarkan bahan terlarang dalam bentuk pil berwarna-warni yang menyerupai gula-gula atau kartun bagi mengelirukan …

LITAR KHAS UNTUK MAT REMPIT

Cadangan membina litar khas untuk mat rempit adalah bertujuan mengurangkan lumba haram di jalan raya, meningkatkan keselamatan awam dan menyalurkan minat belia …

TREND RUMAH SEWA ‘MIX GENDER’ LANGGAR BATAS SYARIAT ISLAM

Trend rumah sewa bercampur jantina dalam kalangan golongan muda khususnya pelajar dan pekerja bandar bertentangan prinsip syariah serta berisiko mengundang …