BANCI PERTANIAN BANTU PERANCANGAN KETERJAMINAN MAKANAN

Banci pertanian adalah salah satu usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kesejahteraan petani.

Maklumat yang diperolehi dari Banci Pertanian 2024 sangat penting bagi penggubal dasar membuat perancangan antaranya terkait keterjaminan makanan.

Dalam konteks keterjaminan makanan, Banci Pertanian membekalkan maklumat tahap sara diri item-item seperti beras sebanyak 63%, cili 29.7%, kobis 45.6% dan lain-lain membolehkan keputusan dibuat untuk mengimport barangan tersebut mengikut keperluan.

Ini dapat digambarkan betapa pentingnya pengumpulan data yang sistematik dan terperinci dalam sektor pertanian sebagai asas untuk perancangan, pelaksanaan, dan penilaian dasar-dasar pertanian yang berkesan.

Tanpa data yang tepat, usaha untuk memajukan pertanian dan meningkatkan kehidupan petani akan menjadi kurang berkesan. Jom kita tonton interviu penuh informasi berhubung perkara ini!

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PINJAMAN RM100,000 TAK DAPAT, DUIT SENDIRI RM54,620 YANG LESAP

KUALA TERENGGANU – Seorang kerani akaun berputih mata bukan sahaja tidak menerima pinjaman peribadi RM100,000 yang dipohon malah kerugian pula …

𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡

Setiap warga asing yang memasuki Malaysia hendaklah memiliki pas atau permit yang sah sebagaimana ditetapkan di bawah undang-undang imigresen negara …