Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mematahkan cubaan membawa masuk 17 ekor lembu ke negara ini melalui Sungai Golok dalam serbuan di sempadan Malaysia-Thailand di sini pada Isnin, 18 Ogos 2024.
Sejurus serbuan dilakukan, ketiga-tiga suspek bertindak melarikan diri dengan menyeberangi Sungai Golok ke negara jiran dan meninggalkan lembu terbabit.
Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM85,000.
Kesemua lembu-lembu itu kemudian diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.
Sumber: Sinar Harian