‘TERMAKAN UMPAN UNTUNG RM145, PEKEBUN RUGI HAMPIR RM120,000’

KUANTAN: Seorang pekebun wanita berusia 36 tahun di sini kerugian RM117,289 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Nor Hisam Nordin, berkata berdasarkan laporan semalam, mangsa terpedaya dengan pelaburan terbabit melalui aplikasi Telegram pada 14 Ogos lalu.

Katanya, mangsa yang berminat menyertai pelaburan itu dan mendaftar dalam sistem yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa mula melabur sejumlah RM110 dan menerima pulangan berjumlah RM145. Dengan keuntungan itu, mangsa mula percaya dan meneruskan pelaburan dengan melakukan 27 transaksi kepada 20 akaun yang diberikan oleh suspek.

“Dalam tempoh tiga hari dari tarikh pelaburan, wang simpanan mangsa telah lesap sehingga mengalami kerugian berjumlah RM117,289. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan atas talian yang menjanjikan

keuntungan tinggi.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …