LAKUKAN SARINGAN KESIHATAN SETAHUN SEKALI, SEAWAL USIA 18 TAHUN

 

Anggaran 7.6 juta dewasa mempunyai tahap kolesterol tinggi. Kolesterol tinggi menyumbang kepada penyakit berkaitan jantung.

Lakukan saringan kesihatan setahun sekali, seawal usia 18 tahun untuk ketahui status kesihatan anda. Aktifkan diri dan makan secara sihat.

 

Jom sertai NHMS 2024: Pemakanan‼️

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2024 adalah aktiviti yang dijalankan untuk membanci status kesihatan dan faktor risiko berkaitan dalam kalangan penduduk Malaysia. Bancian kali ini pula akan memfokuskan status pemakanan, keboleh dapatan makanan serta pengambilan makanan penduduk di Malaysia.

Penyertaan anda amatlah diharapkan agar dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia menentukan dasar dan polisi kesihatan bagi memastikan kelestarian pemakanan di Malaysia. Pasukan kami akan melawat ke rumah yang terpilih secara rawak dan maklumat anda akan mewakili penduduk di Malaysia yang bakal memberi impak kepada penjagaan kesihatan negara secara amnya.

Ayuh sertai dan menyumbang kepada Malaysia yang lebih sihat! Daerah yang terlibat di negeri Terengganu adalah Besut, Kuala Terengganu, Marang & juga Kemaman.

Tempoh Pengumpulan Data: Julai – September 2024

 

 

Maklumat lanjut:

Website         : https://iku.nih.gov.my/

No Tel            : 03-33628787

Email             : nhms2024@moh.gov.my

**Institut Kesihatan Umum (IKU), Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …