RANTAU PANJANG 17 OGOS : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Cawangan Pasir Mas, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras barangan kawalan di sekitar sempadan negara.
Rampasan anggaran 1,700 kilogram minyak masak bersubsidi bersama sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan disyaki sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral, selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN.
Sumber: KPDN Kelantan