RANTAU PANJANG 18 OGOS : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima empat serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras barangan kawalan di sekitar sempadan negara.
Rampasan anggaran 340 kilogram minyak masak bersubsidi, 240 gula pasir dan 430 liter minyak petrol bersama sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan disyaki sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral, selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN.


Sumber: KPDN Kelantan