Penguat Kuasa KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor, telah menangkap dua lelaki tempatan atas kesalahan penyelewengan barang kawalan bersubsidi.
Antara barangan yang disita termasuk sebuah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback bernilai RM5,000.00 dan minyak petrol dalam 15 unit tong jerikin dengan anggaran isipadu 375 liter yang bernilai RM768.75.
Turut dirampas ialah 13 unit tong jerikin kosong serta pam penyedut minyak berserta getah paip lutsinar. Nilai keseluruhan sitaan dianggarkan sebanyak RM6,228.75.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.
Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam penyelewengan barang kawalan bersubsidi ini, bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan pengguna di negara ini terus terjamin.
Sumber: KPDN Kelantan