Pada suku kedua 2024 (S2 2024), Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia berkembang sebanyak 5.9%, sekali gus mengatasi unjuran median konsensus Bloomberg iaitu sebanyak 5.8%.
Ini merupakan suku tahun kedua berturut-turut yang menyaksikan ekonomi Malaysia berkembang lebih pesat daripada unjuran-unjuran ahli ekonomi.
Momentum pertumbuhan separuh pertama 2024 yang pesat ini melambangkan asas negara yang kukuh seterusnya meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.
Antara faktor menyumbang kepada pertumbuhan ini adalah seperti berikut:

SUmber: PMO Malaysia