HANYA 16,000 DARIPADA 300,000 PEKEBUN KECIL MOHON BUDI AGRI-KOMODITI

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memaklumkan hanya 16,000 daripada 300,000 pekebun kecil membuat permohonan melalui BUDI Agri-Komoditi sehingga Selasa lalu bagi membolehkan mereka menerima insentif bulanan sebanyak RM200.

Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding jumlah keseluruhan pekebun kecil berikutan terdapat beberapa kekangan dihadapi golongan berkenaan.

Dianggarkan seramai 300,000 pekebun kecil yang mengusahakan ladang sawit, kenaf, getah, koko dan lada di Semenanjung.

Justeru, KPK mengambil pendekatan untuk turun padang bagi bertemu kumpulan terbabit supaya kita dapat mendaftarkan mereka sekaligus melayakkan mereka menerima bantuan bulanan, susulan pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel.

Syarat kelayakan pekebun kecil untuk mendapat bantuan berkenaan adalah pekebun kecil perlu mengusahakan ladang kurang daripada 4.5 hektar secara persendirian bagi tanaman getah dan sawit, manakala tanaman koko dan lada membabitkan keluasan kurang 2.5 hektar.

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …