ANGGOTA PENGUAT KUASA MBS DILENGKAPI KAMERA BADAN

Bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menyediakan 12 unit kamera badan untuk digunakan oleh anggota penguat kuasanya bermula 1 Ogos lalu. Menurut Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, MBS merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Negeri Sembilan yang menggunakan kamera badan semasa bertugas. Menurutnya, penggunaan kamera terbabit mampu merakam video dengan kualiti tinggi dan lebih menyeluruh.

Kamera ini akan digunakan sepanjang tempoh anggota penguat kuasa bertugas bagi lapan jam penggunaan secara terus serta akan digunakan ketika operasi penguatkuasaan terancang. Buat masa ini hanya 12 unit disediakan dan jika kita tengok ada keperluan untuk tambahan, kita akan sediakan berdasarkan jumlah anggota yang ada. Penggunaan kamera tersebut dapat memberikan bukti yang boleh dipercayai dalam siasatan dan prosiding undang-undang.Ini kerana katanya, pihaknya sering menerima aduan daripada orang awam berkenaan operasi penguatkuasaan dilaksanakan yang ada ketikanya melibatkan soal integriti. Jadi dengan adanya rakaman video dari kamera badan ini, kita dapat menjawab segala aduan yang diterima dengan lebih telus.

Sebelum ini, kita hanya menggunakan kamera biasa saja, tapi isunya kita tak dapat rakam keseluruhan. Tambahnya, dengan adanya kamera ini, MBS yakin akan dapat membina kepercayaan yang lebih kukuh antara masyarakat serta memastikan tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah adil, telus dan profesional. Sementara itu, pihaknya menggunakan kaedah sewa guna daripada sebuah syarikat bagi tempoh kontrak selama dua tahun bermula 1 Ogos sehingga 31 Julai 2026 dengan kos keseluruhan RM100,800.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …