SARJAN POLIS ‘WIRA JAMBATAN SULTAN ISMAIL PETRA’ DIBERI PENGIKTIRAFAN OLEH KPN

@igrazor Buat Sarjan Mohd Ridzuan Ramlan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, anda hebat kerana menyelamatkan seorang wanita daripada terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra pada 28 Julai lalu. Sikap penuh bertanggungjawab ketika di luar waktu bertugas yang ditonjolkan adalah selari dengan slogan yang selama ini kita banggakan iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’. Pasukan bertuah mempunyai Sarjan Mohd Ridzuan yang telah mempamerkan sikap seumpama itu, moga ianya dapat dicontohi oleh pegawai dan anggota yang lain. Saya selaku Ketua Polis Negara akan terus berdoa dan mengajak seluruh warga Pasukan untuk terus tanamkan sikap cakna, berjiwa besar dan sentiasa melindungi masyarakat ketika memikul amanah Allah SWT ini. Insya-Allah. #igrazor #polisdirajamalaysia #biarjasajadikenangan #fyp ♬ original sound - Tan Sri Razarudin Husain
Ikuti sedutan rakaman seorang anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Sarjan Mohd Ridzuan Remlan yang menyelamatkan seorang wanita daripada terjatuh dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Ismail Petra dekat Tendong, Pasir Mas, Kelantan pada 28 Julai lalu wajar dikenang.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain sendiri menjemput dan menyantuni Sarjan Mohd Ridzuan serta Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud ke Bukit Aman untuk diberikan Sijil Penghargaan.
Majlis yang berlangsung dalam pejabat KPN itu jelas membuktikan bahawa pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia begitu menghargai dan memuji tindakan anggota polis yang berjiwa besar, penyayang dan bertanggungjawab kepada orang awam itu.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut