Program Pentarama X Kelab Malaysiaku memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan semangat patriotisme menerusi pelbagai aktiviti, sekali gus menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda.
Program anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) itu diadakan di 38 sekolah di lima negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Semangat patriotik atau rasa kecintaan yang mendalam kepada negara perlu disemai dan dipupuk dari peringkat sekolah agar sebati dalam diri individu.
Pelbagai program berteraskan kenegaraan juga perlu diteruskan bagi membina jati diri generasi pelapis itu.
Sumber: Bernama