MARITIM MALAYSIA KELANTAN TAHAN BOT, LIMA KRU WARGA ASING LANGGAR SYARAT SAH LESEN

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama lima kru dipercayai warganegara Thailand, kira-kira 38 batu nautika dari muara Tok Bali, Pasir Puteh pada 11 Ogos 2024.

Tangkapan dilakukan selepas bot peronda agensi yang sedang melaksanakan rondaan dalam Op NAGA BARAT dan Op DAMAI dan Op TIRIS mendapati vesel berkenaan berada dalam keadaan mencurigakan.

Kesemua kru vesel berusia 36 hingga 53 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri atau permit bekerja yang sah, selain bot digunakan tidak mempunyai permit sah.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit bekerja yang sah.

 

Sumber: Bernama, Maritim Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut