JALAN KE KAMPUNG LULUT DIJANGKA SIAP 2026

Pembinaan jalan masuk dari Simpang Ladang Serasa ke Kampung Lulut, Mukim Kuala Sungai di Gua Musang yang membabitkan kos kira-kira RM40 juta dijangka siap Januari 2026.

Projek yang dimulakan pada 4 Januari lalu itu kini dalam peringkat kerja awalan seperti pemeriksaan tapak.

Antara skop projek termasuk membina jalan sepanjang 14 kilometer, pemasangan lampu jalan, sistem perparitan, pemasangan perabot jalan, pengalihan utiliti, pengambilan balik tanah dan kerja rawatan tanah.

Projek ini antara komitmen Kerajaan Perpaduan dalam meningkatkan mobiliti, kesinambungan, kebolehcapaian dan ketersambungan rakyat.

Melalui kualiti infrastruktur jalan raya yang berkualiti, selamat lagi selesa di mana sahaja mereka berada. Inilah sebenarnya hasrat Program MYJalan yang diwujudkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut