“SAYA AKAN LAWAT MENGEJUT PEJABAT SELURUH NEGARA” – KP KASTAM

KUALA LUMPUR: “Saya akan terus membuat lawatan mengejut meninjau pejabat kastam di seluruh negara”, tegas Ketua Pengarahnya, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Anis Rizana berkata, lawatan mengejut itu juga akan membantu beliau mengukur tahap pematuhan prosedur dalam kalangan kakitangannya, di samping menentukan sama wujud terdapat sebarang masalah yang perlu ditangani di lapangan.

“Saya mahu memastikan orang ramai tidak menghadapi masalah apabila datang ke mana-mana pejabat kami.

“Saya juga mahu memastikan kakitangan tidak menghadapi sebarang masalah semasa menjalankan tugas mereka,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Anis Rizana berkata, baru-baru ini dia berpeluang membuat lawatan mengejut terhadap dua pejabat yang terletak dalam Zon Tengah II (Selangor).

“Bulan lalu, saya melawat pejabat di Pelabuhan Barat dan pangkalan marin di Pelabuhan Utara.

“Berdasarkan lawatan itu, saya sempat berbual dengan kakitangan bertugas di sana sambil memeriksa pejabat dan aset untuk sebarang isu yang mungkin timbul,” katanya yang turut berkongsi cenderahati dengan kakitangan sebagai tanda penghargaan dan sokongannya kepada mereka.

Anis Rizana berkata, pemeriksaan terhadap bangunan dan aset juga membantu memastikan tindakan penyelenggaraan atau pelupusan sewajarnya diambil oleh mereka yang ditugaskan.

“Lawatan ini juga membantu kami menentukan sama ada terdapat ketidakpatuhan kepada garis panduan atau prosedur pentadbiran yang ditetapkan Jabatan.

“Ia akan membantu kita membendung sebarang amalan kerja negatif yang dilakukan anggota kita seperti bertugas dengan memakai pakaian biasa dan bukannya pakaian seragam,” katanya.

Katanya, langkah itu juga selaras arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui surat bertarikh 18 April lalu berkenaan penambahbaikan penyampaian kualiti perkhidmatan dengan integriti.

Beliau berkata, kebajikan kakitangannya juga boleh dilihat berdasarkan pemeriksaan mengejut ini.

“Sebarang isu yang ditemui di bahagian operasi atau kebajikan yang dihadapi oleh kakitangan kami boleh dikenal pasti dan segera diperbaiki,” katanya.

SUMBER: NST

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …