PENDUDUK SERI AKASIA RESIDENTS TERIMA KUNCI RUMAH

ALBUM: Hajiji (tengah), Joachim (lima kanan), Masiung (enam kiri) dan Gordon (kanan) serta penerima kunci rumah merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyampaikan kunci kepada penduduk Seri Akasia Residency di Taman Seri Lemawang, hari ini.

Projek perumahan berkenaan dibangunkan bersama diantara KTI Sdn Bhd dan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB).

Taman Seri Lemawang adalah projek perumahan komersial bersepadu yang dibina atas tanah seluas 198 ekar. Sejumlah 480 unit apartment, 812 rumah teres dua tingkat dan premis kedai berjaya dibangunkan.

Ia juga merupakan salah satu daripada lima projek usahasama diantara KTI Landmark Berhad bersama LPPB di Sabah.

Hadir sama mengiringi Hajiji ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Pengerusi LPPB Datuk Masiung Banah dan Pengarah Urusan Kumpulan KTI Landmark merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Dr Gordon Loke.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: Utusan Borneo Sabah

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …