100 METEOR SEJAM MELINTASI LANGIT MALAYSIA MALAM 12 OGOS

Kemuncak fenomena hujan meteor Perseids dijangka berlaku pada malam 12 Ogos hingga subuh 13 Ogos ini dengan purata 100 meteor per jam.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam satu kenyataan memaklumkan, di Malaysia, penampakan hujan meteor berkenaan adalah baik kerana bulan akan terbenam pada tengah malam ketika waktu kemuncak fenomena terbabit berlaku.Hujan meteor Perseids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit, iaitu di kawasan buruj Perseus.

Bagaimanapun, kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila bumi beredar mengelilingi matahari dan merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle.

Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila bumi beredar mengelilingi matahari dan merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle. MYSA menjelaskan, komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus berdiameter sebesar 26 kilometer (km) dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.Menurutnya, kali terakhir komet itu mendekati bumi ialah pada 1992 dan dijangka menghampiri bumi semula pada 2126.

Bagi mencerap hujan meteor perseids, MYSA berkata, antara langkah boleh diambil ialah berada di kawasan lapang yang selamat serta keadaan persekitaran dan langit gelap atau tiada gangguan cahaya, selain pandangan tidak terhalang dengan bangunan tinggi, pokok atau rumah.

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …