PEMIMPIN ASING UCAP SELAMAT HARI JADI KEPADA PM ANWAR SEMPENA HARI LAHIR KE-77

Pemimpin asing menyampaikan ucapan hari jadi kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-77 dengan mesej muhibah dan sokongan.

Antara yang mengucapkan selamat maju jaya ialah rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong yang menyampaikan salam mesra dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Anwar pada hari istimewa ini.

Sementara itu, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. juga menghantar ucapan hari jadi kepada Anwar melalui pesanan video yang dimuat naik di laman Malaysia MADANI di X.

Sementara itu, Presiden Timor-Leste, Jose Ramos-Horta juga menghantar pesanan video, mendoakan Anwar terus sihat untuk menyokong kepemimpinannya terhadap negara.

Anwar menyambut ulang tahun ke-77 pada Sabtu, 10 Ogos 2024.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …