SISIPAN SEJARAH : PENUBUHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU

Pada 10 Ogos dalam tahun 1959, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu telah ditubuhkan di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959. Antara tanggungjawab Suruhanjaya ialah melantik, mengesahkan dalam jawatan, mengesah dan memasukkan ke dalam jawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tata-tertib terhadap pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri. Tujuan dan kewajipan Suruhanjaya yang utama ialah memastikan pegawai-pegawai kerajaan negeri menjalankan tugas dengan cergas dan lancar. Bagi memastikan perkara ini wujud, maka calon-calon yang dilantik ke sesuatu jawatan adalah yang terbaik  tanpa mengamalkan perbezaan warna kulit, ugama atau bangsa. Suruhanjaya juga akan menimbangkan kenaikan pangkat berdasarkan akuan dan syor-syor Ketua-ketua Pejabat sepertimana yang ditetapkan dalam Fasal 38 dan Tertib Jawatan Am Penggal A. Bagi tindakan tatatertib, Suruhanjaya menjalankan tugas seperti mana yang telah ditentukan dalam Tertib Jawatan Am Penggal D. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu ini telah dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan kerajaan selain melancarkan pengurusan jabatan kerajaan negeri Terengganu.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …