GANGGUAN SEKSUAL BUKAN GURAUAN

Isu gangguan seksual bukanlah sesuatu yang baharu malah kadang-kala sudah menjadi terlalu lazim atau normal kerana ramai menganggap perbuatan itu sekadar gurauan atau usikan untuk menarik perhatian.

Namun realitinya gangguan seksual adalah jenayah yang boleh memberi kesan buruk, bukan sahaja kepada mangsa malah keluarga dan persekitaran sekeliling mangsa.

Gangguan seksual merupakan isu yang serius melibatkan perlakuan atau tindakan seksual yang tidak diingini atau tidak sesuai dengan kehendak individu.  Di Malaysia, gangguan seksual  adalah  satu  masalah  yang  kompleks  dan  berkait  rapat  dengan  aspek sosial, budaya, dan undang-undang. Gangguan seksual boleh melibatkan pelbagai bentuk seperti pencabulan, rogol, perilaku seksual, atau pencerobohan ke atas privasi seseorang. Kes gangguan seksual sering kali mencetuskan  kebimbangan  dan  kegusaran  dalam masyarakat.

Gangguan seksual boleh didefinisikan sebagai apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual dalam apa-apa bentuk sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat, fizikal yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau suatu ancaman kepada kesejahteraannya. Isu  gurauan  seksual  ini  sering kali  terjadi  kepada  golongan wanita kerana disebabkan oleh faktor tertentu.

Kebanyakan  mangsa  gangguan  seksual  adalah  wanita,  kanak-kanak,  atau individu yang terdedah kepada kumpulan yang berkuasa atau mempunyai kawalan terhadap mereka.  Wujudnya gangguan  seksual  menyebabkan  trauma emosi dan  fizikal  yang  serius kepada mangsa, dan ia boleh memberi impak negatif yang mendalam terhadap kehidupan mereka.

Namun begitu, kajian juga mendapati golongan lelaki juga memiliki potensi untuk menjadi mangsa gurauan seksual.  Antara contoh gurauan seksual ini adalah seperti gurauan yang tidak sopan dan berbaur lucah, memberi komen yang merendahkan  mana-mana  pihak  jantina,  serangan  seksual  dan  tindakan  fizikal  lain  yang berbentuk ganas.Dalam  pada  itu,  gurauan  seksual  boleh  berlaku di  mana-mana  sahaja  termasuk  di kawasan  selamat  seperti  rumah  dan  sekolah.  Dalam  konteks  pendidikan,  apabila  berlaku gangguan seksual di sekolah, keselamatan pelajar mula terjejas. Tindakan tegas perlu diambil terhadap  pihak  yang  melakukan  perkara  tidak  bermoral  sehingga  boleh  menimbulkan ketidak selesaan kepada pelajar.

Adalah  penting  untuk  diingat  bahawa  pendedahan  dan  laporan  kes gangguan  seksual  di  Malaysia  mungkin  tidak  mencerminkan  keseluruhan  kejadian  yang sebenar. Banyak kes gangguan seksual tidak dilaporkan oleh mangsa disebabkan oleh faktor stigma  sosial,  rasa  malu,  atau  ketakutan  akan  balasan  atau  persekutuan.  Selain  itu, kurangnya  kesedaran  mengenai  hak  dan  perlindungan  individu  dalam  situasi  gangguan seksual  juga  boleh  menjadi  penghalang  kepada  pendedahan  dan  pencegahan.

Secara keseluruhannya, gangguan seksual adalah masalah serius yang memerlukan perhatian dan tindakan  bersepadu  dari  semua  pihak  terlibat.  Dalam  usaha  untuk  memerangi  gangguan seksual  di  Malaysia,  langkah-langkah  yang  efektif  perlu  diambil  untuk  mengatasi  stigma sosial,  meningkatkan  kesedaran  masyarakat,  meningkatkan  akses  kepada  sokongan  dan bantuan,  serta  memastikan  penguatkuasaan undang-undang  yang  adil dan berkesan  bagi melindungi mangsa dan menghukum pelaku.

Salah  satu  perlakuan  yang  boleh  dikategorikan  sebagai  gangguan  seksual  adalah melalui jenaka seksual. Jenaka seksual merujuk kepada jenaka atau gurauan yang berkaitan dengan topik seksual. Ia melibatkan penggunaan perkataan atau situasi yang berhubungan dengan seks secara berjenaka atau santai. Jenaka seksual sering kali mengandungi rujukan atau  kaitan  kepada  organ  seksual,  tindakan  seksual,  atau  topik  berkaitan  seks  yang  lain.

Walaupun jenaka seksual mungkin dianggap lucu atau menggelikan oleh sesetengah individu, ianya  juga  boleh  menjadi  kontroversi  atau  menyinggung  sesetengah  orang.  Penggunaan jenaka  seksual  dalam  komunikasi  atau  hiburan  adalah  tindakan  yang  tidak  bermoral  dan beretika kerana  bertentangan dengan norma dan nilai-nilai masyarakat. Amat penting  bagi kita  dalam menggunakan kaedah yang bersesuaian dalam bergurau dan  tidak  menjadikan topik  seksual  sebagai  bahan  tawa.  Hal  ini  bertujuan,  menghormati  sensitiviti  individu  dan menjaga batasan-batasan budaya dan agama dalam komunikasi seharian.

Semua pihak diharap dapat memandang serius terhadap isu ini dan memainkan peranan masing-masing dalam membanteras gejala gangguan seksual serta bersama-sama menggerakkan advokasi “Katakan Tidak Kepada Gangguan Seksual”.

Gangguan seksual boleh memberikan kesan terhadap mental, fizikal, psikologi dan emosi individu sekiranya berterusan akibat tiada keberanian untuk melaporkan kepada pihak tertentu bagi mengambil tindakan.

Harian metro/Mypsikologi

 

Artikel/Berita Terkini

‘SETIAP SEN DISALUR AMANAH DARIPADA RAKYAT’ – AMINUDDIN

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan supaya berintegriti dalam pengurusan dana kerajaan. Menteri Besar Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut

KPDN NEGERI SEMBILAN GEMPUR 25 PREMIS JUALAN LANGSUNG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 25 premis jualan langsung menerusi …
Maklumat Lanjut

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut