Jika anda mahukan manfaat tidur yang berkualiti dan nyenyak berikut adalah beberapa sebab mengapa anda perlu memastikan anda mendapatkan cukup Magnesium setiap hari.
Tidur Lebih Nyenyak
Magnesium membantu menggalakkan relaksasi dan mengawal melatonin, hormon tidur semulajadi badan kita.
Kurangkan Kebimbangan
Dengan mengurangkan tahap kortisol, hormon stres, magnesium membantu menenangkan sistem saraf kita dan mengurangkan gejala kebimbangan.
Kekejangan Otot? Tidak Lagi!: Kekurangan magnesium boleh menyebabkan kekejangan otot yang menyakitkan
Meningkatkan Mood: Magnesium memainkan peranan penting dalam pengeluaran serotonin, neurotransmitter yang mengawal mood kita.
Sumber Magnesium boleh didapati dalam kekacang, bijirin dan sayur berdaun hijau. Amalkan pemakanan bahan bahan ini untuk manfaat kualiti tidur lebih baik.
Sumber: Facebook: Public Health Malaysia