PREMIS LERAI BARANG LUSUH LAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA DISERBU

Sebuah premis yang menjalankan kegiatan melerai barang lusuh di Jalan Rantau-Sungai Gadut di sini diserbu dalam operasi bersepadu beberapa buah agensi semalam selepas aduan diterima berkenaan premis itu menjalankan pembakaran terbuka.Hasil pemeriksaan yang turut disertai oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun itu telah mendapati premis berkenaan menjalankan kegiatan pembelian dan peleraian barangan terjadual serta barang lusuh yang tidak mematuhi prosedur operasi standard

Hasil pemeriksaan mendapati premis mempunyai kelulusan bagi perniagaan barangan lusuh. Terdapat lapan orang pekerja warga asing di kawasan premis dan semakan lanjut mendapati dua lelaki warga India telah tinggal melebihi masa dan seorang lelaki Bangladesh tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Hasil operasi bermula pukul 10.10 pagi hingga 12 tengah hari itu, beberapa kesalahan telah dikesan dilakukan oleh pemilik premis iaitu di bawah Seksyen 127 Kanun Tanah Negara iaitu melanggar syarat nyata tanah pertanian bagi kegunaan industri. Selain itu, Seksyen 15(c) Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963; Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pembakaran Terbuka) serta Perkara 9(1), Perkara 11 dan Perkara Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2005.

Kegiatan pembakaran terbuka berkenaan telah dikesan tahun ini dan telah mendapat rungutan masyarakat setempat.  Kedudukan premis yang berhampiran dengan beberapa buah sekolah serta taman perumahan boleh menyebabkan pencemaran udara dan mengganggu penduduk sekitar. Kegiatan premis yang menghasilkan buangan terjadual tanpa mematuhi prosedur juga berpotensi mendatangkan kesan kesihatan kepada manusia dan alam sekitar. Pelupusan bateri dan sisa plastik yang tidak terkawal akan memberi kesan terutama air yang turun ke longkang yang mengalir ke Sungai Simin yang berhampiran sekali gus akan mencemar kualiti air. Notis kompaun dan tangkapan terhadap tiga warga asing yang menyalahi kesalahan imigresen turut dilakukan.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut