SAMBUTAN QURAN HOUR PADA 30 OGOS INI

Malaysia #QuranHour yang akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini bermula jam 10 hingga 11 pagi di Masjid Tuanku Mizan Tema yang dibawa adalah ‘Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara’ bagi mendalami erti sebenar Rukun Negara menerusi surah al-Jumu’ah dan al-Hujurat. Matlamat utama program ini juga untuk menjelaskan maksud kemerdekaan menerusi penjelasan berkait rukun negara daripada dua surah tersebut. Surah al-Hujurat menggariskan beberapa ketandusan akhlak manusia yang sehingga kini menjejaskan perpaduan negara. Manakala surah al-Jumu’ah pula menceritakan mengenai perpaduan secara umum dan beberapa solusi untuk dijadikan panduan dalam mengangkat nilai murni dalam agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Umat Islam di Malaysia termasuk yang berada di luar negara digalakkan untuk menyertai sambutan Quran Hour ini.Bagi institusi atau organisasi yang berada jauh dari lokasi Malaysia #QuranHour diadakan, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian menerusi platform yang disediakan penganjur. Pendaftaran bagi penglibatan secara fizikal dan hotspot masih lagi dibuka kepada umum dan sekiranya berminat, mereka boleh melayari laman sesawang https://quranhour.onpay.my/order/form/registrationmqh2024 atau mengimbas QR Code yang disediakan.

Diharapkan lebih ramai pihak terlibat dalam penganjuran program Malaysia #QuranHour ke-10 ini agar dapat melahirkan masyarakat yang benar-benar memahami erti kemerdekaan menerusi al-Quran dan hadis. Ini selari dengan tema kemerdekaan pada tahun ini iaitu ‘Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka’.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …