- Program sempena penganjuran Program Budi MADANI@JaPen di Dataran Rancangan Kemajuan Tanah KESEDAR Sungai Asap.
- Menerusi sesi penerangan dan aktiviti interaktif di reruai sertaΒ pocket talk, orang ramai diberi kesedaran mengenai pentingnya penggunaan media sosial secara positif, produktif dan bertanggungjawab.
- Β Kesan penyalahgunaan media sosial yang boleh memudaratkan sehingga menjadi kesalahan jenayah seperti penipuan, hasutan, ugutan dan penyebaran maklumat palsu.
- Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) memaklumkan sebanyak 29,535 kes penipuan dalam talian direkodkan sepanjang 2023.
- Antara jenis penipuan yang direkodkan ialah pancing data, panggilan telefon, percintaan dan e-dagang.
- Sesi penerangan danΒ pocket talkΒ langkah baik bagi mempersiapkan orang awam dengan tip penting perlindungan diri daripada pelbagai ancaman dalam talian.
Sumber: Berita Harian