- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 7,100 kilogram atau 7.1 tan karkas babi dipercayai diseludup dari negara jiran yang dianggar bernilai RM106,500 di Jalan Pengkalan Kubor-Kota Bharu pada 31 Julai lepas.
- Rampasan dilakukan Pasukan Marin JKDM Penguatkuasaan Pengkalan Kubor selepas mengekori dan menahan sebuah treler membawa kontena dipandu lelaki di jalan berkenaan.
- Rampasan barang seludup itu melibatkan cukai dianggar RM42,600 manakala treler beserta kontena dianggar RM500,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967.
Sumber: Bernama, Harian Metro