INFO SEJARAH: SAMBUTAN HARI PAHLWAN YANG PERTAMA

Tanggal pada 4 Ogos dalam tahun 1968, Hari Pahlawan telah disambut di seluruh negara. Upacara yang julung-julung kalinya diadakan ini telah berlangsung di Tugu Negara, Kuala Lumpur serta disambut serentak di seluruh negara. Upacara sambutan ini turut melibatkan perbarisan khas yang terdiri daripada sepasukan pegawai-pegawai Angkatan Tentera.

Selain sambutan Hari Pahlawan, kerajaan juga telah melancarkan kutipan derma Rayuan Hari Pahlawan bagi membantu para perajurit di seluruh tanah air. Hari Pahlawan diadakan bagi memperingati jasa-jasa para perajurit yang telah gugur dalam mempertahankan keamanan dan kemerdekaan negara dalam Perang Dunia Pertama, Kedua dan Darurat. Rentetan daripada itu Sambutan Hari Pahlawan telah dijadikan sebagai acara tahunan di Malaysia.   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hari Ini Dalam Sejarah

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut