63 RUMAH SETINGGAN DIROBOHKAN, 13 PATI DITAHAN DI KOTA KINABALU

KOTA KINABALU: Sebanyak 63 rumah setinggan di dalam daerah ini dirobohkan menerusi Operasi Perobohan Rumah Setinggan dan Operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) Bersepadu Mega, semalam.

Operasi yang bermula pada jam 3.30 petang itu turut menahan 13 individu warga asing kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, rumah-rumah ini didapati dibina secara haram dan tidak memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.

Pasukan keselamatan menjalankan operasi perobohan rumah setinggan yang dibina secara haram di Kota Kinabalu.

“Perobohan ini bukan sahaja bertujuan untuk menghapuskan penempatan haram, tetapi juga untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk sekitar.

“Dalam operasi ini, sebanyak 63 rumah setinggan telah dirobohkan. Selain itu, polis juga menahan 13 individu warga Filipina, Indonesia dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, semua tangkapan ini akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 51(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, semua mereka yang ditangkap akan melalui proses saringan dan siasatan lanjut sebelum tindakan undang-undang diambil.

Rumah setinggan yang dirobohkan menerusi Operasi Perobohan Rumah Setinggan dan Operasi PATI di Kota Kinabalu.

“Operasi ini akan diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha untuk membanteras jenayah, PATI, dadah dan gejala sosial di daerah ini.

“IPD Kota Kinabalu komited untuk memastikan daerah ini bebas daripada sebarang kegiatan jenayah dan aktiviti yang tidak sah,” katanya.

Sehubungan itu, Kasim berkata, pihaknya menyeru supaya orang ramai memberikan kerjasama dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Terdahulu, Perobohan Rumah Setinggan dan Operasi PATI Bersepadu Mega membabitkan kerjasama dengan pelbagai agensi, termasuk Jabatan Pendaftaran (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Eletricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah Dan Ukur serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama|
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut