KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) 2024 NEGERI KELANTAN – CP 01

PASIR PUTEH, (31.07.2024) | Check Point Pertama | KMJG 2024 Peringkat Negeri Kelantan
CP1📍 Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Pasir Puteh
  • Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh telah dipilih menjadi lokasi pertama bagi konvoi di sini.
  • Konvoi KMJG yang bergerak dari Negeri Terengganu telah disambut oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan YBrs. En Mohd Nor Aswadi Md. Nor selaku ketua konvoi kembara Negeri Kelantan.
  • Konvoi KMJG 2024 di Kelantan merupakan negeri ketujuh berlangsung selama dua hari hingga esok melibatkan lima jajahan membabitkan laluan sepanjang 125 kilometer iaitu Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Machang dan berakhir di Kuala Krai sebelum Jalur Gemilang diserahkan pula kepada konvoi di Kedah.
  • Sebanyak 67 kenderaan pelbagai jenis terlibat secara langsung dalam konvoi KMJG di Kelantan termasuk jabatan kerajaan, agensi swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
  • Majlis Perasmian KMJG 2024 Peringkat Negeri Kelantan dan pelepasan Konvoi telah disempurnakan oleh Encik Mohd Rosdi nin Ismail, Ketua Jajahan Pasir Puteh dan konvoi meneruskan perjalanan ke daerah Bachok di SMK Sri Gunong.

Sumber: JAPEN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut