Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas 3,980 kilogram tembakau kering bernilai RM59,700 selepas menahan sebuah lori di Jalan Machang- Jeli pada 24 Julai lalu.
JKDM turut menahan pemandu dan kelindan lori berkenaan yang berumur 30 tahun dalam kejadian pukul 11 malam itu.
JKDM menemukan 398 bungkusan tembakau kering di bahagian belakang lori berkenaan dan keseluruhan rampasan termasuk cukai serta rampasan keatas lori itu dianggarkan bernilai RM363,191.
Ia merupakan rampasan terbesar melibatkan tembakau kering dilakukan JKDM Kelantan tahun ini.
Modus operandi penyeludup adalah membawa masuk tembakau kering itu dari negara jiran melalui pangkalan haram di Sungai Golok menggunakan sampan atau bot dan dipercayai akan dihantar ke sebuah kilang di Perak untuk pasaran tempatan.
Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dibawah Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta yang sama.
Sumber: Astro Awani, Sinar Harian