TIGA RENTUNG KEBAKARAN RUMAH DI PITAS

KOTA MARUDU: Tiga rentung termasuk dua beranak dalam kebakaran rumah di Kampung Blok 5, hadapan sebuah pasar raya, Pitas, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa Abdul Malik Mad Tasin, 50-an, anak perempuannya Nur Adriana Qistina Abdul Malik, 11, seorang lagi mangsa Salleh Onding, 60-an.

Tiga lagi mangsa dilaporkan cedera, termasuk dua anak perempuan Abdul Malik.

Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Blok 5, Pitas.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.19 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Asman Omar digerakkan ke lokasi kejadian.

Tiga termasuk dua beranak rentung dalam kebakaran di Pitas.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal terbakar sepenuhnya.

“Turut terbakar dua kenderaan jenis Perodua Kembara dan Proton Waja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, terdapat tiga mangsa ditemui rentung iaitu dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang rentung dalam kebakaran di Pitas. – Foto/Bomba

“Mangsa pertama iaitu Nuru Adriana ditemui di ruang tamu dan mangsa kedua (Abdul Malik) ditemui di bahagian dapur manakala mangsa ketiga (Salleh) ditemui di kamar mandi.

“Manakala tiga lagi mangsa perempuannya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Pitas oleh orang awam.

“Ketiga-tiga mangsa yang rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya lagi, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran, satu pancutan dengan sumber air dari jentera.

Pasukan bomba yang menjalankan operasi memadam kebakaran yang mengorbankan tiga mangsa termasuk dua beranak.

“Operasi terkawal pada jam 3.25 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 6.36 pagi.

“Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut