HARI PAHLAWAN KENANG ANGGOTA TERKORBAN KETIKA SERANGAN PENGGANAS

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Sabah, tahun ini mengenang jasa anggota keselamatan yang terkorban dalam peristiwa hitam serangan pengganas Sulu pada 2013.

Satu persembahan khas mengenai insiden sebenar serangan hendap pengganas yang mengorbankan seramai enam anggota polis di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac 2013 turut diadakan sempena sambutan itu.

Tun Juhar menyampaikan sumbangan kepad balu dan ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam Peristiwa Tanduo, Lahad Datu pada 2013.

Persembahan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu memilukan suasana sambutan Hari Pahlawan kali ini yang turut disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Tun Juhar memeriksa kawalan kehormatan sempena sambutan Hari Pahlawan di Dataran Kawad IPK Sabah, Kepayan.

Ia menceritakan semula bagaimana kemasukan penceroboh pengganas bersenjata Sulu yang juga dikenali sebagai Tentera Sultan Sulu (RSF) masuk ke negeri ini secara berperingkat.

Persembahan khas menceritakan semula serangan hendap pengganas yang mengorbankan enam anggota polis di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2013.

Anggota dan pegawai polis yang terkorban diperlakukan dengan kejam selepas diserang hendap di kawasan perkampungan atas air ketika menjalankan siasatan mengenai kehadiran kumpulan penceroboh berkenaan.

Selesai persembahan pantomim bertajuk ‘Epilogi Tangisan Pahlawan Di Bumi Sabah’ itu, sambutan Hari Pahlawan yang berlangsung di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kemudian diteruskan dengan bacaan sajak pahlawan, diikuti tiupan ‘Rouse’.

 

Tun Juhar bersama Ketua Menteri melihat pameran pasukan keselamatan sempeba sambutan Hari Pahlawan di IPK Kepayan.

Ia kemudian disusuli penyampaian sumbangan oleh Tun Juhar kepada balu dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban ketika peristiwa hitam itu yang turut dikenali sebagai Peristiwa Tanduo, Lahad Datu.

Terdahulu, Tun Juhar tiba pada jam 8 pagi sebelum menerima Tabik Hormat DiRaja daripada Kawalan Kehormatan Polis Diraja Malaysia PDRM (Pecah Bendera) dan memeriksa kawalan kehormatan.

Sebelum itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang tiba pada jam 7.48 pagi turut menerima tabik hormat daripada Pasukan Kawalan Kehormatan PDRM Kontinjen Sabah dengan diiringi Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun. 

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

  

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut