WANITA RUGI LEBIH RM300,000 ANGKARA ‘PHONE SCAM’

KUANTAN: Seorang pekerja wanita sebuah syarikat swasta di Bentong mengalami kerugian RM312,434 selepas terpedaya dengan sindiket `phone scam, yang menyamar sebagai wakil sebuah syarikat penghantaran barang dan polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, mangsa berusia 39 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek pada 31 Mac tahun lalu.

Katanya, wakil syarikat penghantaran itu memaklumkan menerima bungkusan atas nama mangsa yang mengandungi dokumen peribadi iaitu satu kad pengenalan dan lima kad mesin juruwang automatik (ATM).

“Talian mangsa kemudiannya disambungkan kepada pihak polis yang kemudiannya mendakwa mangsa terbabit dengan kes jenayah pengubahan wang haram.

“Selepas itu, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM28,000 ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek bagi tujuan memeriksa sumber wang mangsa.

“Berikutan itu, suspek juga meminta mangsa membuat pinjaman peribadi atas alasan bayaran jaminan untuk meneruskan siasatan. Sebanyak 27 transaksi dilakukan kepada 12 akuan berbeza bermula 31 Mac 2023 hingga 7 Ogos 2023.

“Hampir setahun tiada sebarang maklumat, mangsa membuat laporan polis. Sumber kewangan mangsa adalah wang simpanan dan pinjaman peribadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, pihaknya menasihati orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan yang berkenaan untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …