WANG KWSP PEGAWAI BANK RM260,400 LESAP ANGKARA `PHONE SCAM’

KUANTAN: Seorang pegawai bank di daerah ini kerugian RM260,400 selepas terpedaya dengan sindiket ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, lelaki berusia 55 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang memaklumkan mangsa terbabit dalam kes jenayah komersial.

Panggilan itu kemudian disambungkan kepada polis yang menyatakan surat perintah penangkapan dan perintah pembekuan aset daripada pejabat Mahkamah Persekutuan Malaysia terhadap mangsa dikeluarkan.

“Mangsa turut diminta menyerahkan harta bagi tujuan terbabit. Malah, wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mangsa juga dipindahkan kepada akaun bank atas arahan suspek bersama maklumat akaun bank.

“Semalam, mangsa menghubungi bank dan mangsa dimaklumkan wang di dalam akaun miliknya berkurangan yang membabitkan beberapa transaksi pengeluaran berjumlah RM260,400.

“Sumber kerugian kewangan mangsa adalah wang daripada KWSP miliknya. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, mengulas usaha pembanterasan dan pencegahan jenayah penipuan dalam talian, Yahaya berkata, pihaknya menasihati orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan

https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut