KERAJAAN NEGERI KOMITED TINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN DENGAN KERJASAMA KPM

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Jabatan Pendidikan bagi merealisasikan agenda memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan serta mutu pendidikan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kerjasama itu penting sejajar kepentingan kecemerlangan pendidikan menjadi pemangkin peningkatan kualiti kehidupan rakyat keseluruhannya.

Beliau berkata, usaha itu termasuk menambah baik dan meningkatkan lagi prasarana pendidikan di negeri ini seiring dengan komitmen kerajaan negeri melahirkan modal insan berkemahiran, cemerlang dan mampu bersaing.

“Justeru, semua pihak yang berkaitan termasuk warga Jabatan Pendidikan, pendidik dan ibu bapa perlu berganding bahu serta bekerjasama demi kejayaan dan masa depan anak-anak kita.

“Sebab itu dalam konteks kerajaan negeri, kita terus memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan agar lebih ramai anak Sabah dapat melanjutkan pendidikan hingga ke tahap tertinggi selain mengikuti kursus kemahiran yang diperlukan.

“Dalam hal ini, kita menyediakan peruntukan sebanyak RM474.55 juta pada tahun ini,” katanya pada Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik (MEKAR) Kali Ke-12 Jabatan Pendidikan Sabah Tahun 2024 di SICC, hari ini.

Hajiji menyampaikan Anugerah Khas Ketua Menteri kepada Datuk Mary Teresa Kinajil pada Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik (MEKAR XII) Jabatan Pendidikan Sabah.

Sementara itu, katanya Portal Tajaan Pendidikan Sabah yang dilancarkan baru-baru ini menggabungkan semua penaja utama dalam pendidikan di negeri ini melalui satu portal.

Jelasnya, ia adalah inisiatif baharu di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam memperkasa bantuan kepada anak-anak Sabah terutama yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi melalui gabungan kerjasama badan penaja utama dan pemberi bantuan pendidikan.

Beliau mahu Jabatan Pendidikan Negeri membantu memperluaskan hebahan mengenai portal itu bagi memperkasa modal insan menerusi pembangunan sektor pendidikan di negeri ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

 

 

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut

RAPTAI PENUH ISTIADAT PERBARISAN BERJALAN LANCAR

BINCANG: Leftenan Kol. Alphonsus menjelaskan sesuatu kepada Joachim (kiri). KOTA KINABALU: Cuaca baik kelmarin membolehkan raptai penuh Istiadat Perbarisan  sempena …
Maklumat Lanjut