BUAT TUNTUTAN PALSU RM200,000, PEMILIK SYARIKAT DITAHAN

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pemilik syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu, hari ini.

Tuntutan itu bagi tujuan mendapatkan sebut harga kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan dua buah sekolah di Sabah bernilai kira-kira RM200,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an ditahan kira-kira jam 9 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM cawangan Tawau.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan pada tahun 2020.

“Suspek disyaki telah menggunakan penyata akaun bank palsu bagi mendapatkan sebut harga kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan dua buah sekolah di Sabah di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PPE),” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau, Sabah, esok.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut